BIODATA

Biodata Mustapa Haji Ibrahim

Mustapha Haji Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Bagan Datok, Perak. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Gombak Lane dan pernah mengikuti kelas malam di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur. Beliau adalah salah seorang pelukis yang terlibat secara langsung dalam penubuhan Kumpulan Anak Alam pada tahun 1974. Hingga kini beliau masih setia dengan cara dan pandangan hidup yang sederhana, yang dipegang oleh warga muda Anak Alam.

Mustapha Haji Ibrahim sering dikaitkan dengan kumpulan Anak Alam tetapi sebenarnya kegiatan beliau telah bermula sejak mengikuti kelas seni lukis anjuran Angkatan Pelukis Se-Malaysia (APS) di Studio Taman Budaya, Jalan Ampang pada akhir tahun 1960an. Sebagai calon pelukis yang menggambarkan potret dan pemandangan merupakan jambatan awal perkembangannya. Dari naturalism, beliau kian sedar bahawa melukis tidaklah terhad hanya tentang alam nyatanya sahaja, tetapi juga dari inti atau semangat keadaan alam itu sendiri.
 
Mustapha gemar mencipta beraneka karya dalam bentuk bersiri. Karyanya pada tahun 1970-an dikenali sebagai Siri Cinta. Melalui karya beliau, kita dapat melihat dua gaya persembahannya iaitu melalui penumpuan terhadap unsur-unsur organik yang masih ketara bentuknya dan kedua, langsung kepada penyajian bentuk-bentuk organik-organik dan biomorfik yang lebih disaring. Melalui judul-judul yang membayangkan kepuitisan alam, beliau sebenarnya memaparkan suara-suara gelisah, pilu atau persoalan-persoalan yang jarang menemui jawapan.
____________________________________________________________
  
Biodata Mustapa Haji Ibrahim

Mustapha Haji Ibrahim was born in 1946 in Bagan Datok, Perak. He received his early upbringing in Gombak Lane School and attended evening classes at the Maxwell School, Kuala Lumpur. He was one of the artists who are directly involved in the establishment of its Environmental Group in 1974. Until now, he is still loyal to the manner and way of life is simple, which is held by the young Child Nature.


Haji Ibrahim Mustapha often associated with the activities of its Nature, but in fact he started painting classes organized by the Armed Artists of Malaysia (APS) at Studio Taman Budaya, Jalan Ampang in the late 1960s. As a candidate who reflects the portrait painter and a view of the bridge early development. Of naturalism, he is increasingly aware that the painting is not expressly limited to only about nature, but also of the essence or spirit of the universe itself.
 

Mustapha like to create a variety of work in serial form. His work in the 1970's known as Love series. Through his works, we can see the two styles of presentation of the concentration of the organic elements that are substantially the shape and the second, directly to the presentation of the forms of organic-organic and biomorfik more strained. Through the titles imply kepuitisan nature, he actually displays the voices of anxious, melancholy, or questions that rarely find the answers.
____________________________________________________________

EXHIBITIONS

1968 Tunas Baru, Angkatan Pelukis SeMalaysia, Kuala Lumpur

1971 Manifestasi 2 Seni ke 2, Kuala Lumpur

Pameran Bersama Di Medan, Indonesia

Pameran Tahunan Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur

1972 Pemandangan Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur

Panorama Kuala Lumpur, Balai Seni Lukis Samat

Bakar Baru, A.P.S., Kuala Lumpur

1973 Pameran Jemputan Balai Seni Lukis Negara

Pameran Jemputan B.S.L.N.

Solo Exhibition at British Council Kuala Lumpur

1974 Pelukis Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara

Pameran Grafik Anak Alam Kuala Lumpur

1975 Pameran Grafik Anak Alam Pulau Pinang

1977 Bakat Muda, Balai Seni Lukis Negara

Seni Lukis and Grafik Balai Seni Lukis

1978 Seni Lukis Malaysia 1965 until 1978, London

1979 Pameran Perseorangan di Studio Anak Alam, Kuala Lumpur

Pameran Lukisan & Arca Anak Alam, Kuala Lumpur

Pameran Seni Lukis Sezaman ASIA, Fukuoka, Japan

1981 Pameran Keliling ASEAN - Bangkok, Kuala Lumpur, Singapore, Jakarta, Manila

Pameran Lukisan dan Arca Anak Alam, Dewan Bahasa dan Pustaka

Pameran Pemandangan, Balai Seni Lukis Negara

1982 Pameran Grafik dan Foto Anak Alam, Alliance Francaise Kuala Lumpur

Pameran Seni Lukis Malaysia 25 Tahun, Balai Seni Lukis Negara

Pameran Keliling ASEAN - Bangkok, Kuala Lumpur, Singapore, Jakarta, Manila

1983 Pameran Seni Lukis Modern Asia, Fukuoka Museum of Art Japan

Solo Exhibition Hotel Equatorial, Kuala Lumpur

1985 Warisan Endau Rompin, Balai Seni Lukis, Kuala Lumpur

Pameran Pelukis Self-Taught, Kuala Lumpur

1989 Pameran Terbuka Balai Seni Lukis Negara

1996 Pameran Dwi Rupa (Amin Shahab, Ghaffar Ibrahim, Mustapa Ibrahim, Siti Zainon Ismail),

Universiti Malaya.

2006 Karya mula dipamerkan di Galeri RA Fine Arts

2007 Pameran Ulung Pelancaran Galeri RA Fine Arts

Pameran Merdeka @ 50 - Perjalanan-perjalanan Dalam Pembangunan Bangsa

Pameran Tiga Alam, Central Market, Annexxe, Kuala Lumpur

2008 Mustapa Haji Ibrahim, Paintings, 1968 – 2008, 4th Solo Exhibition, RA Fine Arts, Kuala Lumpur

(Guest Curator - Prof T.K. Sabapathy, former lecturer USM, NUS, Singapore)